BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 14, 2011

Mana botol air uwais ni............


Mana uwais ni.....mana..........uwais ni...napa mama panggil tak jawab ni................
(senyap je uwais nyorok blakang kerusi)
cak...tetibe kuar...amboi...pandai da anak mama main sorok2 ye....itu lah antara permainan uwais mama nie......ada kala tu tejatuh terjelepuk juga anak mama nie terlalu asyik nak nyorok dari mama....semalam sedang me masak makan malam..abinyer la men nyorok ngan uwais ni....amboi ske sangat la dia...pas da makan mle la dia nak water..:water..water..ngomel mulut kecil nie...mula la dia mencari botol dia..abih satu umah..(padahal tau ada kat ats...hahha)

Tuesday, July 12, 2011

anak Pemberian Allah....Penyeri Hidup.

Me and uwais depan Hotel............
Di TAman MARDI....Cian anak mama ...sakit mata ni


Mama and uwais yang sakit mata,....sebelum abinyer plak sakit pas seminggu mama sakit ,mata.

HAsad deNgki Pemusnah Ummah N Kesatuan.

Konflik...pastinya konflik akan wujud walaupun dimana kita berada....apa yang mencetuskan konflik dalam masyarakat kita?dalam klik kerja kiter..pasti kalau me senaraikan banyak sangat la yang boleh jadik titik hitam didalam jalinan ukhwah yang dibina...kala ini ramai yang bertindak hipokrit semata2 untuk menonjol diri memangkinkan diri malah dianggap paradikma dalam kerja...hmm..benarkah perlu?Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem dan songsang yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang digariskan syariat....

Jika diamati samada sedar ataupun tidak...ukhwah yang dibina selalunyer dicemari dengan hasad dengki.Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain ..yang kadang kala kita semua biarkan ia subur dalam hati kita tanpa kita sedari(Ya Allah Jauhila sifat ini dari ku dan sahabatku ).....ya kiter manusioa..pasti kadang kita melakukan sesuatu tanpa menyedari kita sudah tikam kawan kita sendri,.dan buruk sangka..pasti ada pada rakan kita.....

dalam seebuah hadis rasullullah menegaskan:

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya IhyaĆ¢€™ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Yang pasti, manusia yang diselaputi dan dirasuk dengan perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya.

Fenomena hasad dengki seperti ini hakikatnya cukup mengakar dalam masyarakat Melayu Islam di semua peringkat ketika ini. Dalam dunia pendidikkan juga fenomena cantas-mencantas dan adu-domba bagaikan asam garam yang begitu sukar untuk dibendung. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Suasana ini berlaku kerana umat sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar kekayaan dunia.Namun kenapa sudah menjadi sikap...malah sifat kita dinihari melakukan perkara tersebut...

Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurnian Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuh antara satu sama lain. Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.

Semoga...kita...dan rakan2 tidak terjebak ngan bahaya hasad dengki ini..JADIKAN LAH KAWASAN SEKELILING KITABERSIH DARI SIKAP INI

BAHAYA HASAD DENGKI

Kuala Gula

Salam ...baru-baru balik cuti kedah...so seperti biasa la berjalan sana sinin...banyak ynag me nak wat..tapi semuanyer tertangguh,termasuk la nak p kendri anis..sebab uwais sakit mata..hmm, mintak maaf la ye anis..apa pun me doakan diorg bahagia..and cepat cepat dapat bb.........best dapat bb,....sonok...ngan keletah anak2..macam mana kte stress pun kat ofis...lik umah gaduh ngan bb..ilang la marah n sakit ati kat ofis tu....ni la putera aku Uwais umar...semua pic ni tangkap kat Kuala Gula Tanjung piandang Perak...famili gathering..sebelum mata uwais wat hal..hehhee..cian anak mama..


mama n uwais sebelum kami jamah makanan sea food.nyumm2


famili pic

anak mama ni..cak