BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 27, 2009

outing day wif abang and bro da bodyguard





































Tuesday, May 12, 2009

Romantiknyerrr



Hanya tinggal beberapa minggu je lagi untuk hari perkahwinan me and pejat...hahhaaa...
tapi banyak lagi yang tak dapat terkejar nak beli.....sejak bergelar isteri tak penah me post entri pasal husband and wife....tetibe nagh wat assgment agama....menyelami sifat nabi junjungan kita NAbi Muhammad s.a.w.....terpanggil untuk me merajinkan dri menaaip kala bz tahap gunung ni....pada sesiapa yang belom nikah lagi...nikah la cepat2 ye..hehhehe


Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".


Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. " Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya".


Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.


Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".


Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.


Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga. .....k

Tuesday, May 5, 2009

----Astronomi DaY---







Tuesday, April 21, 2009

Persekitaran Bersih dan Sihat

persekitaran bersih & sihat persekitaran bersih & sihat DR IZHAM NAYAN penjagaan alam sekitar

Saturday, April 18, 2009

Sambungan BIG Pangkor


Antara pemandangan di jeti dan pemandangan pantai yang menarik di pangkor,....




Aik kinah...kall spe.????hp nak kena rampas huhuhuhu diawal2 camping...so kal la saper2 yang patut..huhuhu..tak le la gayut ngan hubby...huhuu...miss him...huhuhu





Ha..jangan kater ce'gu tak tau nak ikat2 ni..kami siap berkursus tau...itulah en. Nazri..tak jemu beliau ngajar kami..trimas...




Guess where me????....hehehehe..after settle tawan 1 bukit yang laluan dia tahap 3...we all.take a long breath rest jap sambil take pic....macam2 atas tu..kena bpanjat la ..turun pakai tali guna ikatan banock.._btol ke me eja ni_heheheheh





This is org kuat Kembara en.Shuib...baik sangat...banyak yang kami dapat belajar dari beliau..jangan pandang pada umur..beliau sangat fit lagi you know.hehehehe...baik...and sedia berkongsi pengalaman ngan kami...kami semua ucap thanks alot sbb banyak bagi tunjuk ajar dalam menjalani hidup seterusnyer.......





Sebenarnye on the way nak lik ke lumut to pala me saket sangat...macam nak meletup...sebenarnye dari malam semalam lagi dah rasa badan tak sihat...tak tau nape...pala saket sangat...nasib la ujan tido kat dewan selesa sket..hehhe.....
tanagn me pun macam cram....sebab pe? tah me pun tak tau...mybe salah urat kot masa wat longkang khemah..pastu tambah plak bersungguh-sungguh berakit untuk maintain dapat no satu...tapi tak pe we all puas ati tol dapat juga no satu rakit....pecah rekod plak tu..17 minute je...bagus la group gurl F....!!!!

Pose didepan drebar feri....me yang serabut tu..hate to wear that tudeng but what to do...senang pakai saruk je kat kepala....










Rosliana and HUda beri pose yang menarik voke diatas kapal...yush..best giler kulitnyer still maintain voke putih berseri pake sunbloke ape ek...?bleh jadik model sunblock la..hehehehee

























Some pic that we manange to pose atas feri tu...pose geng pose....







Rest jap sambil ambil angin bayu sebelum we all sambung pose...wau very nice view...luve the feelin'...nice.Atas feri kami klas Q tak mungkin duduk saja ....ye la bile lagik dapat nek feri sesama ramai2 ni...walaupun me pening pening me yang agak ekstrem nak berpic ni nek atas feri tu wif the geng...wau ala-ala titanic....sempat juga we all take pic wif en. nazri and puan BB....our faci kat atas feri tu...nice xprience up there...windy and cantik sangat view dari feri...very romantic yuo know..hahaha_gediks _ perjalanan nak ke jeti rasa kejap plak ble hang out kat atas feri ni..rasanye dalam sejam kot nak sampai lumut tu....
walaupun mke kiterorg ala2 sapu minyak gamat kat face we all tapi pic mesti la pose baik punya.....!


This are "org Kuat " BIG Pangkor..our KK and Mad....Seperti biasa KK yang berwibawa dari kelas Q memainkan peranan dan tugas beliau dengan sentri secara individu pada hari terakhir kami di pantai village beach resort....walaupun ujan ribut beliau sentri jugak...

Caya lah KK...we all sorry ye sebab tak turun sentri...ingat ribut tak payah turun..and awal2 tu kami dah nak bangun da tapi tetibe ribut..so kami masuk dewan la....hehehehe....sebab sentri sensorang sampai demam KK kami ni...terlentuk-lentuk beliau dalam feri....pape pun Trimas Dari kami KK...heheheh




























Monday, March 23, 2009

Pernikahan Ruhi & Fida

Us

Me and my Beautifull sister in Law....wau now i got sister's



Me callin' Someone





Me and Father in LAw



Pejat at the Moment


Alhamdulillah Only one lafaz jek



Me waiting






Sarung cincin nikah di jari





Me and malia...



Thanks Malia





Me mak jang, Achik and cubagan




Me and MOON



me and kak fairuz



Thursday, March 19, 2009

hmm

no prepration...no nothing..huhuhuh

Monday, March 16, 2009

Sun set View......wif kak fairuz







Sun set.....while hang out ngan kak fairuz nice view eh..best

me and pejat

This time........masa kat usm... gambar candid ni..huhuhuu.....pejat and me...lamer da tak lepak2 gini..masing2 dah bz...sorang di pahang sorang di kedah..huhuhu..tula....

Zaman Vespa..memang best....

what happen to vespa..hmm tah la kat pejat

Friday, March 6, 2009

Juara yang tak disangka




Monday, March 2, 2009

Tugasan dah siap

Assalamualaikum........

Alhamdulillah, ugasan Ip dah siap....
tugasan 1 siap tugasan 2 on going, tugasan 3 pun dah siap print......kena la $ 12 ringgit......huhuhuhu, nak buat macam mana terpaksa la...tak da duit pon kena la korban nak bli printer lagik la me tak da duit.........

Hmmm...tapi sebenarnya tak rasa lega pun...ada lagi asgmnt yang menanti tuk ditaip dan dipresnt kan...Kertas kerja GERKO kena hantar hari khamis ni juga....
Alat bantu mengajar lagi....wah banyaknye....pening..memang pening....
nak pikir bley stress tapi motto me mesti la relaxs slow and steady...
nasib baik geng klas Q mmg rock...alhamdulillah...

Ura-ura mengatakan BIG kami ujung ming ni...argh....kami kena p time musim ujan...adventure la..lama me tak lasak-lasak hiking..hehehehe..dlu meintain badan skrang jenuh la, nak memanjat huhuhhu.

BAnyak menda tol dalam otak me ni..banyak sangat n tak dapat diungkap lagi...petang ni klass Q skali lagi diberi penghormatan untuk menjadi pengelola Olahraga.....hahaha..tapi nasib baik la ujan pagi ni..mintak-mintak la tak panans sangat....pas je olahraga, me kena trus drive alor star..tau kenapa.????

me kena NAIK MAHKAMAH laa.....aduahai...banyaknyerrrrrrrrrr...me tak penah nak naik mahkamah ni....huhuhu..terasa jugak la me ek dok kat kandang saksi tu...
Tapi me mmg dah berubah la...menjadi pemandu yang berkhemah pas kena saman nagn abang JPJ yang tak hensem and poyo tu..(sebab tak makan la ble aku ngorat spya jgan saman)...


BAnyaknyer nak kena Buat.......................
semalam pejat talipon......dia plak nak wat satu perubahan ...aiyo...me ske tapi tu la....
nak cakap kat abah me la yang wat me ketaq lidah n lutut......Ya Allah mudahkan la jalan ku..supaya Abah dapat menerima cadangan kami dan semua berjalan lancar..huhuhuh

Banyaknyer nak kena buat............

Kasut and segala barang nak BIG pun me tak get ready lagi.....
kasut menoreh tak bli lagi..hahahaaha....banyaknyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr








STRESS AKU

Saturday, February 28, 2009

Kemahiran guru melahirkan pelajar cemerlang

This is my ip homework..
tah paper watnye...juz nak recheck ble buka blog sebab background black so my eye tak la silau sangat..huhuhuhuhu..
saket lutut la sebab merentas desa pagi tadi...............
Rindu pjat...dia bz tahap PM....
tapi tak pa la selesai jugak kusus kawennyer tak la memeningkan pala me...huhuhuhu
wawawawa..sedey me sorg2 kat umah ni....tok p majlis tunang anak tok su....huhuhuhuuhu....Tahirah ada gak ajak p lepak umah diorg tapi macam malas nak patah lik lak...
and one more thing cc tutup lak ..me tak print lagik tugasan BM..huhuhuh sok kena marah la ngan huda and epol...sowi ek geng......
TUGASAN 3

Pendidikan berperanan sebagai pembentukkan insan yang seimbang dan harmonis seterusnya menjadi warganegara yang cekap, berkeratrampilan, beretika, berilmu, beriman, kreatif dan berinovasi. Dengan erti kata lain pendidikan mampu melahirkan seorang insan yang berketrampilan seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan. Pada zaman globalisasi yang penuh cabaran dimana ilmu tersebar luas dan boleh didapati dimana-mana, seperti kata pepatah “ Ilmu dihujung jari”. Maka guru berperanan penting membimbing anak-anak memilih dan mengasingkan ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi. Zaman globalisasi ini anak-anak bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan malah kemahiran baik dari segi teknikal dan juga skill agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.
Guru Pembina Negara bangsa, guru yang berkemahiran melaksanakan tugas dengan tingkah laku yang professional dan beriltizam penuh kepada keperluan etika dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelektual. Ini kerana guru merupakan contoh dan aspirasi bagi anak-anak, sahsiah guru yang cemerlang dan komitmen yang diberikan dapat membentuk anak didik menjadi insan yang bersepadu dan dapat memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap Negara .
Selaras dengan Tema Guru 2003 iaitu “ Guru Berkualiti Inspirasi Negara” Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang untuk melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah Negara sejurus merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Seorang guru yang berkualiti sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri sendiri dan sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada. Kesungguhan guru mempelajari dan mempertingkatkan lagi kepakaran dapat menyediakan ilmu pengetahuan yang terkini untuk meningkatkan batas kemampuan pelajar dan seterusnya masyarakat ke tahap yang paling maksimum untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Adakalanya pelajar bertanya perkara yang melebihi sukatan peljaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti yang kukuh, pasti akan menimbulkan minatt, keyakinan, dan kecenderungan pelajar untuk mengikuti perkembangan. Lebih menarik jika guru dapat mengaitkan ilmu tersebut dengan kehidupan seharian mereka, jadi pelajar akan menilai ilmu yang dipelajarinya adalah berguna untuk dirinya untuk masa depan. Sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam subjek guru akan menyebabkan pelajar kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang minat untuk belajar kerana guru gagal untuk menjawab pertanyaan dan sentiasa akan menghalang pelajar-pelajar dari bertanya.
Penonton akan terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik dalam sesebuah drama atau pementasan. Jesteru itu, kemahiran guru dari segi komunikasi, dengan penyampaian yang jelas dan mudah difahami pelajar akan menbuat pelajar lebih berminat dan akan mengikuti pelajaran hingga tamat. Kemahiran guru dengan mempelbagaikan gaya dan penyampaian maklumat dalam bahasa dan formula yang mudah akan menjadikan pembelajaran pelajar lebih efektif dan komited. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran dan seterusnya akan meningkatkan lagi prestasi pelajar. Guru juga seharusnya mempunyai kemahiran menyoal pelbagai jenis soalan. Di antara tujuan penyoalan ialah untuk mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik minat , membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan provokatif juga boleh memberi rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif.
Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang seorang guru yang mempunyai prestasi dan kemahiran profesionalismenya diperlukan. Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah merupakan medan peranan dimana guru hendaklah menguasai kemahiran merancang dengan baik untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Guru hendaklah bijak dalam merancang isi pengajaran yang sejajar dengan objektif pelajaran, strategi dan kaedah pengajaran dan juga aktiviti – aktiviti pengajaran-pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang tersusun meja dan kerusi dalam suasana yang sesuai dengan perancangan pengajaran juga sangat penting supaya pembelajaran berjalan dengan harmoni. Rancangan mengajar yang baik perlu meliputi pelbagai alat bantuan mengajar , jadi isi pelajaran rancangan mengajar yang telah disusun dengan baik mudah akan menghasilkan suasana yang menarik dan lebih efektif.
Prinsip seorang guru adalah mengajar dan mendidik. Pengajaran merupakan proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Guru yang berkemahiran dalam pengajaran adalah guru yang bijak menggunakan pendekatan tertentu dalam teknik pengajarannya. Mengajar meliputi aktiviti memotivasi pelajar-pelajar. Guru yang bijak mengenal pasti sifat dan keperluan pelajar supaya dapat menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya prosem pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan efektif. Ini kerana tidak semua pelajar memerlukan pendekatan yang sama. Pengfajaran yang berkesan dapat memotivasikan pelajar dan membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin juga dapat memberikan interaksi positif dalam pembelajaran, selain itu teknik pengajran guru yang efektif dapat membimbing pelajar dengan lebih baik dengan menjalankan aktiviti pengukuhan. Pencapaian objektif pelajaran dapat dicapai pada kecekapan guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Maka pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif Falsafah Pendidikan.
Kini, fungsi guru bukan sahaja hanya pengajar tetapi juga memainkan peranan penting sebagai pemudahcara untuk membimbing, memotivasi dan mengerakkan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran terutamanya pembelajaran computer dan juga eksperimen. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran pemudahcara demi melicinkan proses pembelajaran dan memperoleh keberkesanan optimum daripada aktiviti pembelajaran. Sebagai pemudahcara guru haruslah menyediakan segala perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan alat bantu mengajar yang mencukupi serta sesuai supaya semua pelajar dapat menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam diri masing-masing dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri pelajar dengan bekerjasama antara satu sama lain. Pelajar akan terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dengan menggunakan teknik menyoal samada lisan atau bukan lisan. Suasana pembelajaran yang positif dapat diwujudkan dan pelajar dapat melihat, mendengar dan merasai pembelajarn yang dijalankan memudahkan mereka lebih memahami dan mendorong mereka untuk lebih mendalami dan mengkaji. Seorang guru sebagai pemudahcara perlu menguasai teknik penyoalan semasa set induksi supaya secara tidak langsung dapat membantu pelajar menginat kembali pengetahuan lepas yang berkaitan dan menerapkan dengan kehidupan semasa mereka.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) seperti dinyatakan berikut yang merupakan arah haluan, asas dan sumber inspirasi matlamat guru dan matlamat pendidikan guru.
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari pelbagai aspek dan menguasai pelbagai ilmu dan juga kemahiran untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan mencapai matlamat Falsafah pendidikan bagi melahirkan insan yang dapt berbakti pada Negara, bangsa dan cemerlang di persada dunia.
ME RASA KENA EDIT BANYAK LOOOOOOORRRRRR










Wednesday, February 25, 2009

Rindu Pada kak...................



Semenjak dua hari ni..........aku bangun pagi


Pasti aku teringat pada seseorang....


Rindu sangat...sayu...sedih..........


Sayang sangat nak tinggal kan....


seperti tak nak hilang dia.....





Pelikkan kita rindukan seseorang tapi kita hanya ingatkan kenangan lama sahaja...


Wajahnya pun ku tak pasti lagi bagaimana.........





Aku sangat rindukan dia......sayang sangat......


Harap dapat lihat dia...dapat jumpa......


Dapat memeluk dan mendodoikan dia....

Kenangan....
......Tapi perasaan ni muncul tiba2..........