This is my ip homework..
tah paper watnye...juz nak recheck ble buka blog sebab background black so my eye tak la silau sangat..huhuhuhuhu..
saket lutut la sebab merentas desa pagi tadi...............
Rindu pjat...dia bz tahap PM....
tapi tak pa la selesai jugak kusus kawennyer tak la memeningkan pala me...huhuhuhu
wawawawa..sedey me sorg2 kat umah ni....tok p majlis tunang anak tok su....huhuhuhuuhu....Tahirah ada gak ajak p lepak umah diorg tapi macam malas nak patah lik lak...
and one more thing cc tutup lak ..me tak print lagik tugasan BM..huhuhuh sok kena marah la ngan huda and epol...sowi ek geng......
TUGASAN 3
Pendidikan berperanan sebagai pembentukkan insan yang seimbang dan harmonis seterusnya menjadi warganegara yang cekap, berkeratrampilan, beretika, berilmu, beriman, kreatif dan berinovasi. Dengan erti kata lain pendidikan mampu melahirkan seorang insan yang berketrampilan seperti yang diharapkan dalam Falsafah Pendidikan. Pada zaman globalisasi yang penuh cabaran dimana ilmu tersebar luas dan boleh didapati dimana-mana, seperti kata pepatah “ Ilmu dihujung jari”. Maka guru berperanan penting membimbing anak-anak memilih dan mengasingkan ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi. Zaman globalisasi ini anak-anak bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan malah kemahiran baik dari segi teknikal dan juga skill agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Guru adalah nadi kepada sekolah. Profesionalismenya adalah kunci kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan bukan sahaja kepada kualiti proses malah yang lebih utama ialah kualiti outputnya (hasil). Perkara ini tidak mungkin dicapai jika individu, kumpulan, kelompok dan organisasi tidak cekap dan tidak berkesan. Maka itulah sumber manusianya perlu dibangunkan secara bersepadu menerusi latihan-latihan tertentu bagi memastikan setiap individu itu dapat mengembangkan potensi dan bakatnya. Pengalaman-pengalaman yang diterima menerusi program pembangunan profesional ini sama ada ianya bersifat latihan-latihan khusus atau pun pengalaman sebenar di tempat kerja sudah barang tentu membolehkan atau mengupayakan guru-guru bertindak atau berpelakuan secara berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sekolahnya.
Guru Pembina Negara bangsa, guru yang berkemahiran melaksanakan tugas dengan tingkah laku yang professional dan beriltizam penuh kepada keperluan etika dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelektual. Ini kerana guru merupakan contoh dan aspirasi bagi anak-anak, sahsiah guru yang cemerlang dan komitmen yang diberikan dapat membentuk anak didik menjadi insan yang bersepadu dan dapat memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan seterusnya terhadap Negara .
Selaras dengan Tema Guru 2003 iaitu “ Guru Berkualiti Inspirasi Negara” Tema ini mengambarkan bahawa seorang guru yang berkualiti mestilah memiliki ciri-ciri guru cemerlang untuk melahirkan tenaga kerja yang dicitakan oleh sesebuah Negara sejurus merialisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Seorang guru yang berkualiti sentiasa memiliki sikap tidak puas hati terhadap keupayaan diri sendiri dan sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada. Kesungguhan guru mempelajari dan mempertingkatkan lagi kepakaran dapat menyediakan ilmu pengetahuan yang terkini untuk meningkatkan batas kemampuan pelajar dan seterusnya masyarakat ke tahap yang paling maksimum untuk bersaing diperingkat antarabangsa. Adakalanya pelajar bertanya perkara yang melebihi sukatan peljaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti yang kukuh, pasti akan menimbulkan minatt, keyakinan, dan kecenderungan pelajar untuk mengikuti perkembangan. Lebih menarik jika guru dapat mengaitkan ilmu tersebut dengan kehidupan seharian mereka, jadi pelajar akan menilai ilmu yang dipelajarinya adalah berguna untuk dirinya untuk masa depan. Sekiranya guru tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam subjek guru akan menyebabkan pelajar kurang berkeyakinan kepada guru tersebut dan hilang minat untuk belajar kerana guru gagal untuk menjawab pertanyaan dan sentiasa akan menghalang pelajar-pelajar dari bertanya.
Penonton akan terpesona dengan persembahan dan jalan cerita yang menarik dalam sesebuah drama atau pementasan. Jesteru itu, kemahiran guru dari segi komunikasi, dengan penyampaian yang jelas dan mudah difahami pelajar akan menbuat pelajar lebih berminat dan akan mengikuti pelajaran hingga tamat. Kemahiran guru dengan mempelbagaikan gaya dan penyampaian maklumat dalam bahasa dan formula yang mudah akan menjadikan pembelajaran pelajar lebih efektif dan komited. Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran dan seterusnya akan meningkatkan lagi prestasi pelajar. Guru juga seharusnya mempunyai kemahiran menyoal pelbagai jenis soalan. Di antara tujuan penyoalan ialah untuk mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik minat , membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Soalan-soalan provokatif juga boleh memberi rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara konstruktif dan inovatif.
Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang seorang guru yang mempunyai prestasi dan kemahiran profesionalismenya diperlukan. Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah merupakan medan peranan dimana guru hendaklah menguasai kemahiran merancang dengan baik untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Guru hendaklah bijak dalam merancang isi pengajaran yang sejajar dengan objektif pelajaran, strategi dan kaedah pengajaran dan juga aktiviti – aktiviti pengajaran-pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang tersusun meja dan kerusi dalam suasana yang sesuai dengan perancangan pengajaran juga sangat penting supaya pembelajaran berjalan dengan harmoni. Rancangan mengajar yang baik perlu meliputi pelbagai alat bantuan mengajar , jadi isi pelajaran rancangan mengajar yang telah disusun dengan baik mudah akan menghasilkan suasana yang menarik dan lebih efektif.
Prinsip seorang guru adalah mengajar dan mendidik. Pengajaran merupakan proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Guru yang berkemahiran dalam pengajaran adalah guru yang bijak menggunakan pendekatan tertentu dalam teknik pengajarannya. Mengajar meliputi aktiviti memotivasi pelajar-pelajar. Guru yang bijak mengenal pasti sifat dan keperluan pelajar supaya dapat menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya prosem pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan efektif. Ini kerana tidak semua pelajar memerlukan pendekatan yang sama. Pengfajaran yang berkesan dapat memotivasikan pelajar dan membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin juga dapat memberikan interaksi positif dalam pembelajaran, selain itu teknik pengajran guru yang efektif dapat membimbing pelajar dengan lebih baik dengan menjalankan aktiviti pengukuhan. Pencapaian objektif pelajaran dapat dicapai pada kecekapan guru mengendalikan pengajaran dan pembelajaran. Maka pelajar akan mendapat ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan dan mencapai objektif Falsafah Pendidikan.
Kini, fungsi guru bukan sahaja hanya pengajar tetapi juga memainkan peranan penting sebagai pemudahcara untuk membimbing, memotivasi dan mengerakkan pelajar untuk menjalankan aktiviti pembelajaran terutamanya pembelajaran computer dan juga eksperimen. Oleh itu, guru hendaklah menguasai kemahiran pemudahcara demi melicinkan proses pembelajaran dan memperoleh keberkesanan optimum daripada aktiviti pembelajaran. Sebagai pemudahcara guru haruslah menyediakan segala perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan alat bantu mengajar yang mencukupi serta sesuai supaya semua pelajar dapat menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar dalam diri masing-masing dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap diri pelajar dengan bekerjasama antara satu sama lain. Pelajar akan terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dengan menggunakan teknik menyoal samada lisan atau bukan lisan. Suasana pembelajaran yang positif dapat diwujudkan dan pelajar dapat melihat, mendengar dan merasai pembelajarn yang dijalankan memudahkan mereka lebih memahami dan mendorong mereka untuk lebih mendalami dan mengkaji. Seorang guru sebagai pemudahcara perlu menguasai teknik penyoalan semasa set induksi supaya secara tidak langsung dapat membantu pelajar menginat kembali pengetahuan lepas yang berkaitan dan menerapkan dengan kehidupan semasa mereka.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) seperti dinyatakan berikut yang merupakan arah haluan, asas dan sumber inspirasi matlamat guru dan matlamat pendidikan guru.
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari pelbagai aspek dan menguasai pelbagai ilmu dan juga kemahiran untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan mencapai matlamat Falsafah pendidikan bagi melahirkan insan yang dapt berbakti pada Negara, bangsa dan cemerlang di persada dunia.
“guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”
Matlamat pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti dari pelbagai aspek dan menguasai pelbagai ilmu dan juga kemahiran untuk mencapai kecemerlangan pendidikan dan mencapai matlamat Falsafah pendidikan bagi melahirkan insan yang dapt berbakti pada Negara, bangsa dan cemerlang di persada dunia.
ME RASA KENA EDIT BANYAK LOOOOOOORRRRRR
1 comments:
assalamualaikum...sye disini berminat nak dgn tajuk blog ni kerana ada dedikit persamaan dgn tajuk assgment yg saya baru dapat. saya salah seorang pelajar ipg.harap2 saudara dapat berkongsi sedikit ilmu dengan saya kerana ini kali pertama saya dapat tugas yag macam ni.
Post a Comment