BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 19, 2011

PErCutian keluarga RuHIE hAfiEDA

Salam...sempena cuti satu malaysia yang lepas...maka ambil la kesempatan ni tuk bawa uwais pergi ke Kuala Gandah, Lanchang...dalam sejam lebih perjalanan...
Uwais macam biasa la...terkinja-kinja dalam kereta..kadang2 kena jgak pok..hahaha...cikit je..mama nyer pun kena juga puk..nagn dak uwais nie..hehehe...

sampai dalam 140 petang...YA Allah panas sungguh la kt Lancang tu.merah kemerahan la mke uwais sepanjang ditermeloh..time we all sampai tu..elephant ngah mamam..wah bertuah pun.uwais sleep time sampai. trus gerak dia tgk gajah mamam..me and uwais pun tetap bagi gajah mamam...ske uwais...dia pun nak bagi gajah mamam..tapi ble dekat tergamam..tak dilepaskan pun kaacang tu..hahaha...suke uwais ..


lepas hang out kat gajah ...we all p deerland....mmg tumb up la tempat tu...besh..macam mini zoo...banyak burung - burung cantik dan pelik..uwais dapat juga sentuh haiwan haiwan kat situ...uwais masuk juga dalam kandang rusa ngan abi dia....berani..me?soori i tak minat..(sebenarnye takut) biar la lelaki -lelaki yang berani masuk..hehehehe..me take pic dari luar je...

this some pic that i snap on that day.....



video uwais masuk kandang rusa..hahahah

after abih berjalan perut yang lapa....diisi ngan santapan dirumah terbuka kawan hubby..hehehe..sedsap sangat nasi minyak yang dihidangkan..yum--yum...sedap...
thank s for invite........

Thursday, July 14, 2011

Mana botol air uwais ni............


Mana uwais ni.....mana..........uwais ni...napa mama panggil tak jawab ni................
(senyap je uwais nyorok blakang kerusi)
cak...tetibe kuar...amboi...pandai da anak mama main sorok2 ye....itu lah antara permainan uwais mama nie......ada kala tu tejatuh terjelepuk juga anak mama nie terlalu asyik nak nyorok dari mama....semalam sedang me masak makan malam..abinyer la men nyorok ngan uwais ni....amboi ske sangat la dia...pas da makan mle la dia nak water..:water..water..ngomel mulut kecil nie...mula la dia mencari botol dia..abih satu umah..(padahal tau ada kat ats...hahha)

Tuesday, July 12, 2011

anak Pemberian Allah....Penyeri Hidup.

Me and uwais depan Hotel............
Di TAman MARDI....Cian anak mama ...sakit mata ni


Mama and uwais yang sakit mata,....sebelum abinyer plak sakit pas seminggu mama sakit ,mata.

HAsad deNgki Pemusnah Ummah N Kesatuan.

Konflik...pastinya konflik akan wujud walaupun dimana kita berada....apa yang mencetuskan konflik dalam masyarakat kita?dalam klik kerja kiter..pasti kalau me senaraikan banyak sangat la yang boleh jadik titik hitam didalam jalinan ukhwah yang dibina...kala ini ramai yang bertindak hipokrit semata2 untuk menonjol diri memangkinkan diri malah dianggap paradikma dalam kerja...hmm..benarkah perlu?Perselisihan yang berakar-umbi kepada konflik juga selalunya disulami dengan perlakuan ekstrem dan songsang yang sebenarnya bertentangan dengan prinsip dan nilai yang digariskan syariat....

Jika diamati samada sedar ataupun tidak...ukhwah yang dibina selalunyer dicemari dengan hasad dengki.Perasaan hasad dengki ini jugalah yang mendorong kita untuk melakukan perbuatan terkutuk seperti adu-domba, fitnah-memfitnah dan berburuk sangka antara satu sama lain ..yang kadang kala kita semua biarkan ia subur dalam hati kita tanpa kita sedari(Ya Allah Jauhila sifat ini dari ku dan sahabatku ).....ya kiter manusioa..pasti kadang kita melakukan sesuatu tanpa menyedari kita sudah tikam kawan kita sendri,.dan buruk sangka..pasti ada pada rakan kita.....

dalam seebuah hadis rasullullah menegaskan:

Jangan kamu dengki-mendengki, jangan tipu-menipu, jangan benci-membenci, jangan musuh-memusuhi, jangan sesetengah kamu berjual-beli atas jual-beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya IhyaĆ¢€™ Ulumuddin menggariskan bahawa sifat hasad dengki sebenarnya lahir apabila timbulnya rasa kurang senang dalam jiwa seseorang terhadap nikmat yang dikecap oleh orang lain. Perasaan cemburu ini lantas menjurus manusia kepada perlakuan keji dan mungkar lain lantaran begitu berharap agar nikmat yang dikecap orang lain tercabut daripada mereka.

Yang pasti, manusia yang diselaputi dan dirasuk dengan perasaan hasad dengki sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mengadu-domba dan menyebar fitnah hanya kerana tidak mahu melihat orang lain lebih senang daripadanya atau memperoleh sesuatu yang tidak mampu dikecapinya.

Fenomena hasad dengki seperti ini hakikatnya cukup mengakar dalam masyarakat Melayu Islam di semua peringkat ketika ini. Dalam dunia pendidikkan juga fenomena cantas-mencantas dan adu-domba bagaikan asam garam yang begitu sukar untuk dibendung. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sikap tidak suka melihat orang lain menikmati kejayaan setanding atau melebihi diri sering kali menjurus manusia kepada budaya pertandingan yang saling jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Suasana ini berlaku kerana umat sedang mengalami kecelaruan dan kedangkalan pemikiran mengenai konsep rezeki Allah yang dikurniakan ke atas hamba-Nya yang bertakwa dan ikhlas berusaha. Usaha yang dimaksudkan pastilah tidak memerlukan seseorang menjatuhkan orang lain demi mengejar kekayaan dunia.Namun kenapa sudah menjadi sikap...malah sifat kita dinihari melakukan perkara tersebut...

Sejak zaman Nabi s.a.w. lagi wujud golongan seperti ini yang sentiasa berangan-angan ingin memiliki segala kurnian Allah yang dianugerahkan kepada orang lain sehingga tumbuhnya perasaan hasad dengki bahkan melarat-larat sampai kepada perilaku fitnah, adu-domba dan jatuh-menjatuh antara satu sama lain. Maka Allah pun menurunkan ayat berikut:

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan bagi para wanita pun ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah akan sebahagian kurnia-Nya. (An-Nisa:32)

Demikianlah peringatan tegas dan jelas yang diberikan Allah agar umat sentiasa berpegang kepada keyakinan aqidah yang teguh bahawa rezeki itu hanya datang daripada Allah semata-mata. Dengan menjiwai prinsip inilah, umat akan dihindari daripada perasaan hasad dengki yang membinasakan. Sebaliknya tumbuh menyubur perasaan qanaah atau rasa berpuas hati dengan apa sahaja rezeki kurniaan Allah kepada kita.

Semoga...kita...dan rakan2 tidak terjebak ngan bahaya hasad dengki ini..JADIKAN LAH KAWASAN SEKELILING KITABERSIH DARI SIKAP INI

BAHAYA HASAD DENGKI

Kuala Gula

Salam ...baru-baru balik cuti kedah...so seperti biasa la berjalan sana sinin...banyak ynag me nak wat..tapi semuanyer tertangguh,termasuk la nak p kendri anis..sebab uwais sakit mata..hmm, mintak maaf la ye anis..apa pun me doakan diorg bahagia..and cepat cepat dapat bb.........best dapat bb,....sonok...ngan keletah anak2..macam mana kte stress pun kat ofis...lik umah gaduh ngan bb..ilang la marah n sakit ati kat ofis tu....ni la putera aku Uwais umar...semua pic ni tangkap kat Kuala Gula Tanjung piandang Perak...famili gathering..sebelum mata uwais wat hal..hehhee..cian anak mama..


mama n uwais sebelum kami jamah makanan sea food.nyumm2


famili pic

anak mama ni..cak

Tuesday, June 28, 2011

Uwais umar Bin ruhi hafizad


Uwais Umar ngan paksu..macam shin chan

This were pic uwais umar fresh br kuar hospital................cepatnyer masa berlalu........rasa macam baru semalam je uwais lahir..hehehe..skrang da stahun sebulan da............Dulu baik je...slalu tdo..skrang pantang lepa but still baik....solat dah taktinggal lagi solatu anak me..hehehhehe..kejap2 Allahu akbar..hehehhee........

Alhamdullillah niat me nak dia sebut nama Allah dulu tercapai..malah ske sangat dia menyebut kalimah suci tu..alhamdulillah..sayang anak mama

Thursday, June 23, 2011

my life with uwais umar





Tat telur

Untuk pengetahuan semua...saya baru beli ketuhar..hehe..duit kutu ritu.da guna da...me guna wat puding roti resepi cik adila yang sangat mudah dan menjadi kesukaan Uwais Umar ku..and hubby...so for thenext stepmenak cube something different plak...n susah sikit..hehe..me nak cube wat tat telur asal nak cbe resipi Cik Adilajuga..tapitungguEn Brahim nak bagi resepi dalamlaptpdia harap la biladapatnyer..heheheh..so me korek la Internet and jumpala...nnt nak cube la...tapi kene blia cuannyer dulu la..hahah bile agak me nak cuber ni ..

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila

  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati
Ps..nnt klu me dah buat..me post di sini ok..heheh

Wednesday, June 22, 2011

Uwais umar Bin ruhi hafizad

Salam, lama sungguh berkepok..tidakberblogging...nak cerita...terlalu banyak yang telah berubah dalam hidup me..haha serentak la dengan perubahan badan me..haha..tak payah citerla...dari segi kerjaya pun begitu...apa2pun kte layan gambar Uwais umar berumur seminggu..alahai baiknyer anak aku time tu...skrang tambah baik dan beriman..hahhaha..alhamdulillah

Uwais nabinyer...anak bapakni..janganmain2..hahah
ha....ini cerita ketika uwais kene kuning...cian dia.

Dulu berdua kini bertiga..hehhee

salam......
wau akhirnyer dapat juga me buka blogg me ni..bkan tak nak berblogging..tapi tah naper time preggy tu..nyanyuk n trus lper kan paswood tu..hehe..so now..me korek2 and then jumpa balik...

eh da preggy...hahahha...dah kuar pun baby nyer tu...UWAIS umar ....my hero..hahaha..... pic dia..hmm nanti i upload kan tak da pula dlam laptop ni...banyak sangat me nak add dalam blog ayang dah bersawang ni...me kena dapatkan kembali momentum yang dah berkarat ni untuk berbloger balik....hope berterusan la ek