Memandangkan dengan umor dan kenkangan yang sering berlaku dalam hidup gadis-gadis zaman skrang termasuk aku skali yang tersepit diantara wang mahar dan hantaran..........
disini kutitipkan soal jawab ustazah suzana Ghazali tentang hak itu.
MAri kiter kongsi bersama-:
1. Adakah salah sekiranya pihak ibu bapa (bakal pengantin perempuan) menetapkan jumlah-jumlah tertentu sebagai hantaran untuk anak mereka itu?
Jawapan: Tak salah. Ibu bapa boleh tetapkan jumlah-jumlah tertentu sebagai hantaran untuk anak mereka namun jumlah yang ditetapkan tersebut perlulah dipertimbangkan sewajarnya dan munasabah.
2. Kita sering mendengar alasan bahawa jumlah hantaran yang bakal diberikan kepada pihak lelaki kepada bakal isterinya itu boleh menjadi pengukur kepada nilai kasih sayang si lelaki itu kepada bakal isterinya. Apa komen Pn. Suzana berhubung kenyataan tersebut dan mengapa pemikiran sebegini boleh timbul dalam pemikiran masyarakat kita hari ini?
Jawapan: Saya tak setuju dengan pendapat tersebut. Kalau jumlah hantaran itulah nilai kasih sayang, apakah bermaksud kasih sayang adalah seperti barangan yg boleh dijual beli? Cuba imbas pasangan suami isteri lampau, berapa sangatlah hantaran kawin mereka tetapi kasih kekal hingga ke anak cucu hari ini. Lihat juga pasangan hari ini yang berkahwin dengan jumlah hantaran biasa, masih boleh kekal bahagia sebaliknya pasangan yang kawin gah sepelusuk negara dengan hantaran menyamai harga sebuah kereta bezanya kereta dibayar ansuran bulanan, belum melepasi peringkat pertama perkahwinan dah pun bercerai berai. Apakah bermaksud, kasih sayang kini sudah tiada erti walau diperolehi dgn harga yg tinggi? Pada saya, pendapat sebegini hanya timbul dan dipersetujui oleh mereka yang memandang wujudnya kasih sayang itu melalui nilaian harta. Ada harta, adalah cinta. Tiada harta, tiadalah cinta. Memang sukar nak bahagia kalau berpegang dengan prinsip sebegini. Ya, dunia skrg serba serbi perlukan wang tetapi wang tidak boleh berikan kebahagiaan hakiki.
3. Adakah kaum-kaum lain (selain dari Melayu) ada juga menetapkan hantaran mereka yang tersendiri kepada bakal pasangan hidupnya. Adakah ianya hanya sekadar ‘ADAT’ atau ‘KEWAJIPAN’ yang perlu dilaksanakan oleh bakal pengantin lelaki sebelum mendirikan rumah tangga?
Jawapan: Hantaran adalah ketetapan adat, bukan syariat. Syariat tetapkan setiap lelaki perlu membayar mas kawin sahaja utk bakal isterinya. Mas kawin ini wajib dibayar oleh setiap suami. Jika suami berhutang mas kawin, isteri berhak menolak permintaan suami pada malam pertama dan malam2 seterusnya hinggalah jumlah mas kawin dibayar. Sebaliknya hantaran boleh dibayar dan boleh tidak dibayar dan ianya tidak memberikan apa-apa kesan terhadap hubungan suami isteri menurut syariat. Namun, adat menetapkan hantaran sebagai hadiah daripada suami kepada isteri dan juga hadiah daripada isteri kepada suami sebagai tanda kasih sayang dan kesediaan masing-masing mengabdikan diri di atas nama perkahwinan. Bukan saja kaum Melayu, malah kaum lain juga ada menyediakan hantaran untuk perkahwinan. Malangnya kebanyakan kaum Melayu malah Muslim telah tersilap pandang mengenai hantaran. Hantaran dijadikan satu perkara wajib malah menekan pihak lelaki sahaja hingga terpaksa membayar jumlah yang tidak munasabah.
4. Mungkinkah faktor ‘hantaran tinggi’ menjadi penyebab atau penyumbang kepada isu wanita kahwin lambat yang sering diwar-warkan dalam media massa hari ini? Apa komen Pn. Suzana berhubung senario ini? Dalam konteks masyarakat pula, bagaimana kita perlu menangani masalah atau pemikiran sebegini?
Jawapan: Saya tak der statistik kajian yang pasti namun saya pernah beberapa kali mendengar keluhan lelaki malah si gadis tentang isu hantaran tinggi ni. Ada lelaki yang mengeluh kesah kerana tidak mampu menyediakan jumlah hantaran yang dikehendaki oleh keluarga bakal mertua. Akhirnya, terpaksa meminta penangguhan tarikh nikah kerana gagal memenuhi permintaan jumlah hantaran. Bila berlaku penangguhan tarikh, berlakulah kelambatan dan sekali gus menjadi penyumbang kepada sebab-sebab kenapa kebanyakan wanita lambat kawin. Untuk menangani masalah ini, setiap individu perlu sedar tentang asas hantaran itu sendiri iaitu sebagai satu bentuk hadiah. Dah kalau namanya hadiah, tentulah yang bersesuaian dengan kemampuan dan tidak menimbulkan masalah kepada pemberinya di belakang hari.
5. Mungkinkah faktor kos sara hidup yang semakin meningkat pada hari ini turut mempengaruhi nilai hantaran perkahwinan?
Jawapan: Mungkin juga namun persoalannya, apa kaitan kos sara hidup dengan hantaran? Ada kes yang sampai kepada saya, ada ibu bapa yang menetapkan jumlah hantaran dengan mengambil kira kos yang telah mereka keluarkan ketika membesarkan anak gadis mereka. Kalau anak gadisnya suka melaram dengan pakaian-pakaian cantik dan ibu bapa dah keluarkan banyak duit untuk menampung minat si anak maka bakal suami dianggap perlu membayar semula segala kos tersebut. Alasannya, biar hilang lelah membesarkan si anak. Jika inilah yang dikatakan nilai hantaran tinggi kerana kos hidup yang semakin meningkat, bagaiman dengan anak gadis yang tidak bertemu jodoh? Apakah ibu bapa mahukan anak gadis mereka membayar semula kos sara hidup yang telah dikeluarkan selama ini? Ke mana perginya jati diri seorang ibu dan ayah jika mengharapkan balasan di atas segala jerih payah membesarkan anak-anak? Ada juga alasan yang diberikan, jumlah hantaran perlu tinggi bagi menampung segala kos majlis perkahwinan. Nak beli katil baru, cadar baru, cantikkan rumah dan pembiayaan majlis kenduri. Saya faham, akad nikah sekali hari tu jer. Boleh nak buat semeriah yang diimpikan tetapi jangan sampai membebankan orang lain semata-mata memenuhi impian anda itu. Dalam perkahwinan yang wajib hanyalah akad nikah dan pemberitahuan kepada masyarakat. Tak perlu nak jemput satu negara untuk tujuan pemberitahuan. Kalau mampu, silakanlah. Masalahnya ialah lelaki yang menjadi suami kepada anak anda yang terpaksa menanggung segalanya. Bagaimana lelaki tersebut nak jadi suami yang baik dan menunaikan segala tanggungjawab sebagai suami jika segala pendapatan bulanannya digunakan untuk melangsaikan hutang hantaran. Ada kes yang pernah saya kendalikan, satu pasangan bercerai selepas hanya tiga tahun berkahwin kerana si suami gagal menunaikan tanggungjawab nafkah sepenuhnya lantaran perlu menjelaskan hutang jumlah hantaran semasa perkahwinan masih belum selesai.
6. Bagaimana pula, dengan sesetengah pendapat yang mengatakan bahawa hantaran melambangkan nilai atau harga diri seseorang? Apa komen Pn. Suzana berhubung senario tersebut?
Jawapan: Saya tak setuju dengan pendapat tersebut. Harga diri seseorang bukan terletak pada wang ringgit. Harga diri seseorang juga tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ada wanita yang berkahwin hanya dengan hantaran paling rendah tetapi beliau mempunyai harga diri yang tinggi. Ada wanita yang berkahwin dengan hantaran yang tinggi sebaliknya beliau mempunyai harga diri yang cukup hina. Harga diri seseorang sebenarnya terletak pada kejujuran, keikhlasan dan keluhurannya untuk menerima sebuah hubungan hasil daripada perkahwinan.
7. Bolehkah jumlah hantaran yang terlalu tinggi, menimbulkan implikasi negatif dalam diri seseorang? (sbg contoh; mungkin menimbulkan masalah lambat kahwin/tangguh perkahwinan atau tak jadi kahwin)
Jawapan: Ya. Memang boleh. Hantaran yang terlalu tinggi bukan sahaja menimbulkan masalah lambat kawin, perkahwinan tertangguh atau tak jadi tetapi memberikan kesan yang besar kepada perkahwinan itu sendiri. Ada seorang klien saya mengadu, selepas lima tahun berkahwin beliau tidak pernah berpeluang balik ke rumah ibu dan ayahnya. Bila diajukan permintaan kepada si suami, suaminya menjawab: Awak tak boleh balik lagi ke sana sebab saya dah beli awak daripada ibu bapa awak. Sebabnya, si suami telah dipaksa membayar jumlah hantaran yang tinggi ketika perkahwinan mereka. Bukan satu kes ini sahaja, ada juga kes perkahwinan tidak bahagia apabila si suami gagal menunaikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua rumah tangga apabila pendapatannya setiap bulan hampir separuh digunakan untuk melangsaikan hutang hantaran. Malah, ada ibu bapa yang tidak melayan menantu dengan baik kerana merasakan keluarga menantunya telah memeras mereka apabila perlu menjelaskan jumlah hantaran yang tinggi. Bukan itu saja, ada kes hingga melibatkan pembunuhan seperti yang telah terjadi di Kedah baru-baru ini, nauzubillah.
8. Tinjauan yang saya buat baru-baru ini mengatakan bahawa; segelintir wanita bersetuju sekiranya memperoleh wang hantaran tinggi kerana ia boleh menjadi pengukuh kepada ikatan rumah tangga. Alasan mereka; suami akan berasa sayang dan rugi jika berpisah dengan isteri mereka itu memandangkan nilai hantaran yang dikeluarkan sewaktu majlis perkahwinan dahulu adalah tinggi!. Apa komen Pn. Suzana dengan kenyataan tersebut?
Jawapan: Saya tak tau apakah sebenarnya prinsip dan pendirian wanita yang memberikan pendapat sedemikian. Jika itulah yang mereka gunakan untuk mengikat kasih sayang suami, kebarangkalian untuk mereka hidup bahagia di dalam perkahwinan adalah tipis. Lelaki tidak akan rasa rugi menghabiskan wang untuk mendapat apa yang mereka suka. Sama jugak, jika apa yang mereka telah belanjakan dengan banyak gagal memberikan yang terbaik untuk mereka, mereka takkan teragak-agak untuk membuangnya. Wanita yang bijak akan berusaha menambat kasih sayang suami dengan pelbagai cara dan bukannya dengan meletakkan jumlah hantaran yang tinggi.
9. Nilai hantaran hari ini kian meningkat seiring dengan peredaran masa. Boleh dikatakan nilai hantaran tinggi dah menjadi ‘trend’ dalam adat perkahwinan hari ini. Rentetan dari senario itu, segelintir pasangan yang bakal berkahwin bertekad untuk menetapkan jumlah hantaran yang tinggi semata-mata untuk mengikut trend. (malu la pulak jika menetapkan hantaran rendah). Salahkah pemikiran tersebut? Mungkin Pn. Suzana ada pandangan dan pendapat tersendiri berhubung perkara tersebut.
Jawapan: Kenapa perlu ikut orang? Kalau orang terjun longkang, kita pun nak terjun longkang jugak? Tentu tak kan? Kenapa kita yang nak pakai baju tapi ukurnya di badan orang lain? Tak perlulah nak rasa malu kalau majlis kawin kecil atau hantaran kita sikit. Bukan kemeriahan majlis atau jumlah hantaran yang menjamin bahagianya sesebuah perkahwinan. Berbanggalah jika anda mampu hidup rukun damai bersuami isteri. Hantaran tinggi tapi porak peranda dicemuh orang jugak akhirnya.
10. Sebagai ibu bapa, bagaimana pula peranan dan tanggung jawab mereka dalam memastikan masing-masing tidak menyalah gunakan budaya ‘meletakkan nilai hantaran’ ini. (Sebab mungkin sesetengah masalah ‘hantaran tinggi’ ini timbul atas sebab desakkan keluarga).
Jawapan: Sebagai ibu bapa, fokus utama yang perlu diberikan perhatian ialah kebahagiaan anak menantu di dalam perkahwinan. Kalau anak dan bakal menantu dah sepakat, bincanglah elok-elok dengan keluarga sebelah lagi tentang hantaran ni, berapa yang mampu mereka berikan. Seperti yang saya katakan, hantaran ni sebenarnya hadiah. Maka, eloklah kedua-dua pengantin yang membuat keputusan berapa yang ingin mereka berikan kepada pasangan hidup masing-masing. Kalau nak buat majlis kawin yang meriah pun, buatlah tapi jangan bebankan kos majlis kepada bakal menantu. Pengalaman saya mengendalikan kes pun, ibu bapa yang meletakkan hantaran tinggi jarang dipandang mulia sebaliknya dikatakan menjual anak sendiri. Biarlah hantaran perkahwinan anak anda sikit tetapi mampu dibayar oleh bakal menantu tanpa perlu berhutang sana sini. Ingatlah, jika menantu anda tidak mempunyai masalah hutang, anak anda juga akan mampu hidup selesa dan bahagia.
11. Mungkin Pn. Suzana boleh berkongsi pandangan dan nasihat kepada bakal-bakal pengantin remaja hari ini, agar mereka tidak terlalu ghairah dalam menetap nilai-nilai tertentu untuk hantaran perkahwinan mereka.
Jawapan: Nasihat saya kepada bakal pengantin, tanya diri anda apakah matlamat anda mendirikan perkahwinan? Untuk mencipta bahagia bersama insan tersayang ataupun untuk menempa nama sebagai pengantin paling tinggi hantarannya? Jika bakal suami anda mampu, silakanlah. Jika tidak, jangan bebankan orang yang bakal menjadi teman hidup anda. Kalau bakal suami anda mampu pun, apa salahnya simpan duit tersebut untuk sesuatu yang lebih berfaedah kepada perkahwinan anda. Ingatlah, perkahwinan anda bukan sehari tu saja tetapi masih banyak lagi hari-hari depan yang perlu anda lalui bersama. Jangan rosakkan mahligai yang baru dibina dengan bebanan masalah kewangan yang berpunca daripada hantaran perkahwinan. Semoga bahagia milik anda semua.
Why I English
2 months ago
3 comments:
Assalammualaikum..
Masalah kahwin adalah normal, apabila ISLAM dan adat Melayu bercampur-aduk..
Nak salah sapa? Semua dah meninggal, x baik..So, generasi muda la yang kena buat perubahan.
No. 9 banyak persoalan..(just nak bagi pendapat la)
*Nak ikut orang atau x nak? Kita faham, masyarakat faham ke, mak bapak, sepupu sepapat faham ke macam mana kita faham..? Susah2!!
Bila dibuatnya kecik-kecilan, dikatakannya pulak,
"dah terlanjur ke!"
Contoh senang,apa first statement masyarakat akan buat bila dengar "orang kahwin kat SIAM."
Mesti negative..
Kalau ikut Rasullullah saw, baginda suruh buat bersederhana, cukup dengan seekor kambing je..
Kenapa bukan unta atau ayam? Unta, jangan buat berlebih-lebihan sehingga pembaziran. Ayam, jangan buat terlalu kecil-kecilan..
Kalau nak ikut Pak Arab kahwin la, kenduri buat kat masjid je, bagi makan orang masjid je, x payah kisah sepupu sepapat, kawan2 ke..Senang..
Haha..
Tapi kita orang Malaysia. :(
kalau begitu senang kakak kau dah nikah lama......
Ble seseorg tu dah m,enyatakan hasrat, itu maknanyer kami sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab....
Insa'Allah, dengan kehendak yang maha Kuasa takkan nak menganggu org tua lagi....
Sentimentalpasal kesederhanaan dalam kenduri sekarang pun dah banyak dipraktikkan.....
Sebagai bukti kawan-kawan saya sendiri sudah banyak yang melangsungkan pernikahan secara sederhana......
Apalah yang nak di banggakan dengan kenduri dengan hantaran yang melmbung tinggi ...pernah terfikir akan perasaan seorg gadis....ye mungkin ibu bapak ada hak untuk meminta wang setelah penat lelah membesarkan anak-anak itu tak disangkal....hantaran cuma wang hadiah....jika itu dah terasa menjadi beban pada anak dan bakal menantu,pasti sedilit sebanyak anak perempuan terasa seperti dijual....dianggap patung yang tak da perasaan diletakkan harga...jika tak mampu beli, tempah la dulu(dengan mengunakan istilah TUNANG)
Secantik mana anak-anak gadis sekarang?yang perlu diletakkan harga???
Secantik Lembu yang mengunakan side effect menutup kehodohan dan kebodohan diri.mengenakan pakaian yang dah tentu masih kekurangan adap dan jarang2 pakaiannyer?
Cuba fikir sejenak...lelaki di malaysia ini boleh dapat kan gadis2 secantik lembu, Akhlak sebusuk bangkai.dengan harga dari 500 semalam ke berpuluh-puluh ribu hanya ditepi jalan...di chowkit road dan macam2 lagik...peranan ibubapa kah yang harus disalahkan ???saya tak brani nak katerkan...tapi bukankah mencegah lebik baik dari mengubati.......pernikahhan bukan satu bebanan malah rasul sendiri menjalankan penikahan yang biasa-biasa saja...apa dah jadk dengan dunia ini.....nungkinkah ibu bapa lebih tegar anak2 melakukan zina,menahan seuatu yang baik.......
persoalan:
kita sebagai masyarakat melayu, bagaimana kita nk ubah stigma masyarakat yg mengarut ni?
ada plak yg wang hantaran ikut wasiat arwah la plak...ish ish ish
dunia dunia.....kenapa la begitu kejam
Post a Comment