Assalamualaikum
Sejak dari kecil...besar mana aku tak ingat la..agaknyer dari dalam perut lagi kot.....
aku ni mmg dah terzahir sebagai seorg yang banyak cakapnye......
sewaktu sekolah rendah la aku paling banyak cakap...dan sementelah la kawan-kawan aku ramai lagi laki-laki dari pompuan.
seingat aku kawan pompuanku ada dalam tak lebih dari 5 pon dari aku darjah 1 sampai darjah enam...
tapi kawan baik lelaki tak payah cakap laaa ramai juga....
heheee
mereka la yang suke ronda-ronda dengan aku dan pernah aku terlibat juga dalam kes lumba haram ni...waktu kecik dulu la.....
tu la padahnye klu kite cakap besar dan nak lawan dengan lelaki....
last skali aku jatuh longkang......berdarah gile tangan aku.Rasanya seingat aku tangan kanan.Abis siku aku....
Bile sebut jatuh longkang ni tetibe aku teringat adik aku ferzly....
rasanye dia pun penah jatuh longkang...dia lagik ganaz...gle bapak longkang besar tu dia jatuh kat rumah tok...tak tau la dia ingat ke tak...dia kecik lagi...aku pun ingat-ingat lupa....
aku pun tak ingat macam mana dia bleh terjatuh dalam tu and tak luka teruk pun...klu air deras waktu tu aku rasa hanyut dah adik aku tu..syukur Alhamdulillah selamat.....
tu la...anak manja Abah katekan
hehehehehehe
Ferzly......
kecik-kecik memang la au rapat dengan adik aku ni...
yela nak rapat dengan sape lagik kecik-kecik tak tau boyfren-gurlfren hahahaa=p
tapi bile di ingat balik adik aku ni memang suka jatuh ek...mentang-mentang la kepala dia besar(berkepala dua la katakan) jatuh gril la...(sape suh angah panjat sampai atas pastu lepas kompom la jatuh)
lagik satu teknik jatuh dia yang aku inagt dia jatuh dari motor....waktu tu aku nampak dia jatuh aku kat umah ustaz baru abih ngaji nampak dia jatuh slow motion je.....
tu la.....buas sangat...tapi ble nak pikir buas..aku lagik buas dari dia..tapi dia yang selalu kena..heheheee
macam2 tul kn...ekzoss moto pun dia kene..hehehehee
tapi agaknye selalu jatuh tu telah mentunedkan ataoknye supaya cergas....hahahahahaa
blaja sampai ku australia tu....asyik bergegar otak sangat la tu....hehehehheeh.......
Sebenarnye aku nak bercerita sikit...ye la dulu kecik2 suka sangat aku masuk pertandinag bercerita daripada aku banyak cakap hal yang merapu baik aku bercerita kisah dan peristiwa yang berlaku dalam hidup Nabi junjungan Kite/.....
-->Dulu intro aku waktu pertandinag bercerita----->
Assalamualaikum,salam sejahtera kepada tuan pengerusi Majlis, blah2,......dan rakan2 sekalian....siap nagn itonasi tinggi rendah lagi...--
klakar kan anak-anak kecil...suci hati tak kotor macam org dewasa macam aku skrang ni..huhuhuhuu....ok-ok balik ke cerita aku ni.saje untuk ingatkan kite pasal rasul junjungan kite...
Ketika Rasul kite berumur setahun --> Halimah Sa'diah datang ke Mekah dan mengambil baginda untuk dibawa pulang ke bani Sa'ad bagi tujuan mengasuh sebagaimana adat masyarakat arab dulu.
Ketika Umur dua tahun --> Saidina Abu bakar dilahirkan.
Ketika umur tiga tahun --> Berlaku peristiwa pembelahan dada baginda buat kali pertama.Tapi disini ada riwayat lain mengatakan peristiwa ini berlaku ketika baginda berumur 4 tahun dan ada juga meriwayatkan ketika 5 tahun...Allah yang lebih mengetahui.
Umur 5 tahun -->Dikembalikan kepada ibu
Umur 6 tahun --> Baginda bersama ibunya keluar untuk menziarahi bapa-bapa saudaranya daripada bani Adi bin an-Najjar di Madinah. Pada tahun ini juga ibu baginda wafat dalam perjalanan pulang iaitu di Abwa'
Umur 8 tahun --> Datuk Baginda Abdul Muttalib wafat dan menurut riwayat,penjagaan baginda berpinda kepada Abu Talib,bapa saudara.
Umur 9 tahun --> ikut Abu talib berniaga, dan pada ketika ini la awan melindungi setiap langkah baginda.
Umur 13 tahun --> Saiyyidina Umar dilahirkan
Umur 14 --> Berlakunya peperangan al-Fajjar antara kabilah Kinanah dan Qais. Rasulullah S.A.W turut serta dalam peperangan ini dan ia merupakan peperangan yang pertama disertai oleh baginda. Ia dinamakan al-Fajjar kerana berlaku pada bulan haram.
Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian Fudhul dan dikatakan ia dinamakan Fudhul kerana dihadiri oleh kumpulan daripada Jurhum yang mana setiap mereka bernama al-Fadhlu. Bani Quraisy telah mermbuat perjanjian di Darul Nadwah dan bersepakat untuk menghalangi orang zalim daripada melakukan kezaliman. Mereka bersepakat di rumah Abdullah bin Jud'an. baginda S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Apa yang aku suka untuk aku berjani ialah kehadiranku di rumah Ibnu Jud'an Hamr an-Nia'm dan jika aku diajak baginya nescaya aku menyukainya
Umur 25 tahun-->Baginda keluar bersama dengan Maisarah dalam menjual barangan perniagaan Siti Khadijah sebelum baginda mengahwini Siti Khadijah dua bulan selepas itu pada tahun yang sama.
Umur 30 tahun --> SAIYYIDINA aLI DILAHIRKAN
Umur 35 Tahun -->Fatimah az-Zahra' dilahirkan
- Ka'bah runtuh dan Quraisy telah membaik pulihnya yang mana baginda telah diminta untuk memberi pendapat tentang bagaimana cara untuk meletakkan kembali hajarul aswad ditempatnya kembali bagi menyelesaikan pertenglingkahan antara mereka.Baginda telah mengambil sehelai kain yang mana hajarul aswad diletakkan dalamnya dan selepas itu baginda meminta 4 orang pemimpin utama Quraisy agar memegang keempat-empat punca kain itu. Apabila tiba ditempat asalnya maka Rasulullah S.A.W mengambil hajaru aswad itu dan dimeletaknya dengan mengunakan tangan baginda yang mulia
Umur 38 Tahun --> BAnyak berlaku tanda-tanda kenabian pada baginda
Umur 40 tahun -->Jibril telah datang menemui baginda untuk menyampaikan wahyu daripada Allah. Permulaan kenabian ini disebut berlaku pada hari Isnin.
Apa yang ku paparkan ini cuma secebis untuk meningatkan aku juga tentang sirah dan peristiw ayang berlaku pada Rasul kiter...lagi pun dengan meningatti nabi junjungan dapat lagi meningkatkan keimanan kite bile kiter teringatkan perjuangan nabi MUhammad......
walaupun aku masih tak berapa pasti maksud nama aku...tapi mahu maksud nama aku seperti mana yang aku ketahui sekarang iaitu Cahaya Pemegang Panji keberanian di baris Hadapan...
Fisabillillah...
sama2 kita berjuang ke jalan Allah .....inagt la..jihad itu bukan sekadar berperang dijalan Allah...belajar,mempertahankan iman juga berjihad
kita setiap hari berperang dengan bisikan syaitan yang telah berjanji untuk menyesatkan kita jadi marilah berjihad.....sama-sama kita bantu sedarkan kawan disebelah didepan malah musuh kiter untuk kembali ke jalan Allah..Paling kurang pun kiter berdoa pada Allah supaya diberikan hidayah padanyer(aku sensitif nama hidayah ni....sayang sangat nama ni) insa'Allah dengan izin Allah dia kembali ke jalan Allah..bukan kah lebih seronok kiter masuk surga ramai-ramai...jangan kiter tepuk tangan sebab ramai masuk neraka..tak pasal2 asal tempat kiter surga tercampak ke neraka...huhuhuhuu..nauzubillahmin zalik...mintak2 kitersentiasa berada dibawah hidayahNya....Aminn
Why I English
2 months ago
1 comments:
wahhh..kuatnyer ingatan dia..hhehe...
mm k.fida x tgk lg la nih komen kt post "Konvo 15/08/2008" ni kn..hiks..
senang2 jom p cni..
www.aim1177.blogspot.com
Post a Comment