Saya suka ceritakan kisah ini kepada kawan-kawan. Terutama yang masih lagi membujang. Mereka bukan tak nak kahwin. Tapi yelah kan..tak jumpa jodoh lagi. Saya harap kisah ini akan memberikan inspirasi kepada anda yang masih lagi tercari-cari calon yang sesuai untuk dijadikan suami mahupun isteri.
Kisahnya begini..ada seorang kawan saya yang bernama, As (bukan nama sebenar). Dia turut mengalami masalah ini. As bukan calang-calang orang. Dia mempunyai kelulusan yang tinggi. Senang cerita, As ni adalah seorang doktor.
Doktor tuuu..lelaki mana nak pinang dia? Menggigil kepala lutut orang lelaki bila ternampak title doktor.
Selepas sahaja tamat belajar, keluarga As mula bising sebab dia tak jumpa lagi calon suami. Mula-mula, As ambil tak peduli je. Tapi lama-kelamaan, bila semua orang asyik membebel saje, dia mula terfikir akan kebenaran kata-kata orang lain.
So, apa yang As ni buat, dia pun berdoa lah..berdoa..dan berdoa. Tetapi, yelah bukan rezeki dia lagi. Dia masih tak jumpa dengan calon suami yang ditunggu-tunggu selama ini.
Satu malam, As secara tak sengaja “ter”tonton satu drama indonesia. Cerita drama tersebut lebih kurang sama dengan cerita yang sedang dialaminya. Dialog dalam cerita tu berbunyi begini,
Gadis: Pak Ustaz, aku ni sudah berumur 26 tahun. Tapi masih tidak ketemu joddoh. Aku ni cantik, baik, tapi apa lagi yang tak kena dengan aku?
Ustaz: Kamu ada buat enggak 3 perkara ini?
Gadis: Buat apa pak ustaz?
Ustaz: Kamu ada solat tahajud setiap malam?
Gadis: Enggak
Ustaz: Kamu ada berpuasa sunat isnin khamis?
Gadis: Enggak
Ustaz: Kamu selalu bersedeqah?
Gadis: Enggak jugak
Ustaz: Nah! Kamu pulang sekarang..kamu buat ketiga-tiga amalan ini. InsyaAllah, sampailah nanti jodoh kamu.
Begitulah ceritanya..Selepas As habis menonton drama tersebut, dia pun buat ketiga-tiga amalan yang disuruh oleh pak ustaz. Kali ini, As tak buat main-main lagi. Dia doa sungguh-sungguh minta Allah temukan dengan jodoh. Setiap kali doa, sampai bengkak-bengkak mata menangis.
Dia juga puasa isnin khamis, bersedeqah sebanyak-banyaknya meskipun masa tu dia sendiri tengah kering. Tapi dia tetap bersedeqah, kerana dia yakin dengan amalan-amalan tersebut, Allah akan berikan pertolongan kepadanya.
bersambung….
Why I English
2 months ago
0 comments:
Post a Comment