BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 8, 2008

::TanaH RunTuh BuKiT aNTarABanGsa::

Dikemaskini 5.30pm Pasukan penyelamat menemui mayat mangsa keempat kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang setakat ini.

Mayat tersebut ditemui lewat petang ini.

Manakala 15 cedera dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi yang menyebabkan 14 banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa dekat ibu negara, tertimbus.

Sultan Selangor turut berangkat meninjau tempat kejadian.Turut ke tempat kejadian ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua projek di kaki bukit di sekitar Bukit Antabangsa dihentikan sementara menunggu selesai kajian kestabilan tanah di Jalan Institut Kerjaraya Malaysia.

Empat mangsa terperangkap dikesan

Pada jam 4.45 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid berkata, pihak penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang dipercayai masih terperangkap.

Katanya, pasukan penyelamat baru mengesan empat mangsa tertimbus melalui peralatan yang digunakan.

"Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka yamg masih tertimbus," katanya.

Menurutnya, ekoran hujan yang turun, keadaan tanah di situ tidak begitu stabil.

"Kita tidak mahu membahayakan anggota penyelamat sendiri. Jadi kita perlu berhati-hati, bergerak perlahan-lahan supaya mangsa yang mungkin cedera, tidak bertambah teruk tercedera," tambahnya.

Ditanya mengenai empat mangsa yang dikesan itu, Khalid berkata, berdasarkan petunjuk dari peralatan yang digunakan, mereka dipercayai masih hidup.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran masa yang akan diambil untuk menyelamat mereka.

"Kita tidak dapat pasti anggaran berapa lama hendak keluarkan mereka, kerana keadaan tanah longgar, hujan baru turun...

"Jadi kita perlukan pendekatan yang berhati-hati," tanmbahnya.

Penduduk diarah pindah

Beliau juga berkata, penduduk di situ juga diarahkan mengosongkan apartmen di belakang kawasan tanah runtuh itu.

"Mereka boleh mendapat perlindungan sementara di Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang. Tempat tidur dan makan minum disediakan di sana," katanya.

Menurutnya lagi, laluan pejalan kaki telah dibuka dan mangsa yang tersekat sebelum ini, boleh keluar dengan berjalan kaki.

"Kita sedang berusaha untuk mencari laluan-laluan lain untuk membawa keluar kenderaanyang tersekat di sana," katanya.

Mengenai laporan air yang sedang naik, Khalid berkata, pihaknya lebih risaukan hujan yang hujan turun di bahagian atas.

"Ia boleh membahayakan lagi keadaan di sini," katanya.

93 mangsa terselamat

Pagi tadi, Khalid memberitahu, 93 mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 buah banglo di aman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di kawasan Bukit Antarabangsa itu berjaya menyelamatkan diri, lapor Bernama.

Sebelum itu, jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) yang berada di empat kejadian berkata terdapat empat mangsa korban dalam insiden kira-kira jam 4 pagi tadi.

PBSM juga melaporkan kira-kira 15 orang pula dilaporkan cedera dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat rawatan, lapor Bernama.

Banglo yang tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah, demikian menurut jurucakap bomba dan penyelamat yang berada di tempat kejadian.

landslide bukit antarabangsa 06Salah sebuah banglo terlibat ialah milik ketua setiausaha sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Kejadian tanah runtuh itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Mangsa insiden termasuk yang mengalami kecederaan menerima rawatan di Surau Addinniah sebelum dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan susulan dengan tidak kurang daripada 12 ambulans.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali yang kini melawat tempat kejadian berkata pergerakan tanah masih berlaku dan bekalan elektrik di beberapa kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa terputus.

Thajudeen tidur di rumah ibu

Sementara itu, menurut laporan Bernama, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab terselamat dari kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pagi tadi kerana berada di rumah ibunya di Kampung Baru di sini, semasa kejadian itu.

Mohamed Thajudeen berkata beliau bersama empat anggota keluarganya tinggal di rumah ibunya pada malam itu selepas beliau pulang lewat kerana menjalankan urusan rasmi.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 4 pagi oleh jiranya dan tiba di tempat kejadian pada lima pagi.

Mohamed Thajudeen yang sudah menetap di rumah itu selama 20 tahun berkata beliau terkejut melihat apa yang berlaku setibanya di situ.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana terselamat dari kejadian ini.Mungkin ini adalah hikmah Tuhan yang menyebabkan saya tinggal di rumah ibu dan tak bagi saya tinggal di Bukit Antarabangsa (pada masa kejadian)," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

ANGGOTA tentera membantu penghuni-penghuni kondominium dan pangsapuri berdekatan berpindah ke tempat yang lebih selamat berikutan kejadian tanah runtuh di dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Sehubungan itu, penghuni pangsapuri Kyoto Garden di Bukit Antarabangsa dekat sini diarah pindah serta merta kerana kajian Ikram dan JKR mendapati kawasan itu berkemungkinan runtuh pada bila-bila masa. - fotoBERNAMA
BANTUAN… Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. - fotoBERNAMA
LALUAN SEMENTARA… Kelihatan seorang ibu memimpin anaknya ketika meniti di atas paip besar untuk keluar dari lokasi tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, hari ini. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang. Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebatkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa. - fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA
LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. - foto The Star oleh KEVIN TAN

0 comments: