Dari segi bahasa, perkahwinan membawa maksud pernikahan atau penggabungan antara dua unsur yang berlainan. Manakala dari sudut Islam pula, perkahwinan membawa maksud ikatan yang terjalin antara lelaki dan perempuan berdasarkan akad nikah atau ijab dan kabul yang sah.
Ijab bermaksud menyerahkan tanggungjawab dari wali bakal pengantin perempuan kepada bakal pengantin lelaki. Manakala kabul membawa maksud bakal suami menerima tanggungjawab di atas penyerahan bakal isteri tersebut.

Allah s.w.t telah menjadikan manusia dengan fitrahnya iaitu ingin hidup berpasangan, berkasih-sayang, harmoni dan sejahtera serta dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut adalah melalui ikatan perkahwinan.
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam). Dia (Allah) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan..."
Berdasarkan Firman Allah di atas, jelas menunjukkan perkahwinan adalah bertujuan bagi menyambung keturunan, melalui cara yang dihalalkan dalam Islam. Perkahwinan merupakan satu ibadah, juga sunnah Rasulullah S.A.W.
Anas r.a berkata: Rasulullah S.A.W bersabda bahawa: "perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku."
Sebaik sahaja mendirikan rumahtangga, niat yang harus dipasang oleh pasangan suami isteri ialah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah. Apabila seseorang lelaki dan perempuan itu berkahwin, tanggungjawab mereka menjadi semakin besar, dengan itu perlulah mereka saling bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain dalam memastikan rumahtangga yang dibina itu harmoni dan bahagia, terutamanya dalam membentuk pendidikan anak-anak yang bakal lahir.
Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."
Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.
Dari sudut syara', hukum berkahwin itu terbagi kepada empat kategori:
tapi mentaliti manusia sentiasa nak membebankan kehidupan sesama manusia...
adat dan juga prasangka yang ditokok tambah...menyusahkan anak muda untuk mendirikan rumah tangga..
hantaran beribu-ribu. Selagi tak cukup slagi tu jgn harap kamu nak menikah. Hmm, jadi? siapa yang harus dipersalahkan kalau ada banyak kes maksiat dan zina.
Mentaliti ini perlu diubah. Mentaliti gilekan keduniaan dan harta. Ye mmg betol sebagai seorg ibubapa pasti ingin kan yang terbaik untuk anak-anaknyer, mereka dah menjaga dari besar tapak kaki hingga besar panjang..alih2 nak bernikah dengan hanya mahar saja tapi hantarannyer kemudia...tapi cuba fikir sejenak? Apa kah ikhlas hati kiter masing-masing?
Ikhlas......ikhlas kan hati

- wajib-kalau sesaorang itu sudah mampu (fizikal, material dan spiritual), dan takut terjerumus kelembah perzinaan kalau ia tidak berkahwin.
- sunat-Kalau sesaorang itu mampu dan dalam waktu yang sama ia mempu menahan diri dari melakukan perzinaan, maka ketika itu baginya adalah lebih baik berkahwin dari membujang.
- haram-Kalau tujuan berkahwin itu semata-mata untuk balas dendam atau untuk menyakiti orang lain.
- mubah- Kalau sesaorang itu tidak berhalangan untuk berkahwin sedangkan hawa nasfunya tidak kritikal untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.
tapi mentaliti manusia sentiasa nak membebankan kehidupan sesama manusia...
adat dan juga prasangka yang ditokok tambah...menyusahkan anak muda untuk mendirikan rumah tangga..
hantaran beribu-ribu. Selagi tak cukup slagi tu jgn harap kamu nak menikah. Hmm, jadi? siapa yang harus dipersalahkan kalau ada banyak kes maksiat dan zina.
Mentaliti ini perlu diubah. Mentaliti gilekan keduniaan dan harta. Ye mmg betol sebagai seorg ibubapa pasti ingin kan yang terbaik untuk anak-anaknyer, mereka dah menjaga dari besar tapak kaki hingga besar panjang..alih2 nak bernikah dengan hanya mahar saja tapi hantarannyer kemudia...tapi cuba fikir sejenak? Apa kah ikhlas hati kiter masing-masing?
Ikhlas......ikhlas kan hati
0 comments:
Post a Comment